Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Berpuasa Sebelum Dan Selepas 10 Muharram

Berpuasa Sebelum Dan Selepas 10 Muharram


Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda

قال النبي صلى الله عليه وسلم : " صيام يوم عاشوراء ، إني أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله . "
رواه مسلم 1976


“Puasa hari ‘Asyura (10 Muharram), aku berharap kepada Allah agar menghapus dosa setahun yang lalu.” [HR. Muslim No. 1162]

Syari’at Puasa Tasu’a (9 Muharram) dan ‘Asyura (10 Muharram)
Puasa ‘asyura sebenarnya telah ada sebelum zaman Nabi Muhammad, ‘asyura telah ada pada zaman Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW, bahkan Nabi Nuh dan Nabi Musa telah melaksanakannya, begitu juga dengan Ahlul kitab, begitu juga dengan orang Quraisy pada zaman Jahiliyah.

Ibnu Rajab mengatakan bahawa Rasulullah SAW berpuasa ‘asyura dalam empat keadaan:

1. Rasulullah melakukan puasa ‘asyura di Mekkah, namun beliau tidak memerintahkan para sahabat untuk melakukan hal yang sama.

2. Ketika tiba di Madinah beliau kembali memerintahkan dan menganjurkan untuk puasa ‘asyura, bahkan sampai anak-anak mereka, kerana Rasulullah SAW melihat Ahlul kitab di Madinah melaksanakannya. Sebagaiamna yang diceritakan oleh Ibnu Abbas;


قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى الهُم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ مَا هَذَا قَالُوا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ هَذَا يَوْمٌ نَجَّى الهُل بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَهُ مُوسَى شُكْرًا قَالَ فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ نَحْنُ نَصُوْمُهُ تَعْظِيْمًا لَهُ

“Setelah Nabi tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, beliau bekata: “apakah ini?”, mereka menjawab: “Ini adalah hari yang baik dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh-musuhnya hingga Musa berpuasa pada hari itu”, selanjutnya beliau berkata: “Saya lebih berhak atas Musa dari kalian”, maka beliau berpuasa dan memerintahkan sahabatnya untuk berpuasa pada hari itu (HR. Bukhari).

3. Ketika diwajibkan puasa Ramadhan Rasulullah SAW tidak menganjurkan para sahabat untuk melakukan puasa ‘asyura dan tidak memerintahkan para sahabat juga tidak melarangnya, siapa yang ingin melaksanakan dipersilahkan begitupun sebaliknya.
4. Hal ini terjadi menjelang kewafatan Rasulullah SAW, beliau menginginkan untuk tidak berpuasa pada hari ke 10 Muharram saja, tapi juga pada hari ke 9, namun hal ini tidak terlaksana kerana beliau wafat terlebih dahulu, alasannya untuk berbeza dengan kaum Yahudi dan Nasrani yang mereka melakukannya pada hari ke 10 sahaja. Meskipun pada awalnya tujuan puasa disyariatkan untuk menyamai mereka.

حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ( رواه مسلم)

“Ketika Rasulullah SAW melakukan puasa pada pada hari ‘asyura, kemudian beliau memerintahkan para sahabat untuk melaksanakannya, Para sahabat kemudian berkata; “Wahai Rasulullah SAW, hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan Nasrani?”, maka Rasulullah kemudian menjawab, “ InsyaAllah tahun depan kita akan melakukan puasa juga pada hari kw 9”, namun ini tidak terlaksana kerana Rasulullah wafat terlebih dahulu (HR. Muslim no. 1134)
(Lihat;Latha’if al-Ma’arif, m/s 678)

Membezakan Yahudi Dalam Puasa ‘Asyura
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

“Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan berbezalah orang-orang Yahudi, berpuasalah (dengan menambah) satu hari sebelumnya atau sesudahnya”. (HR. Ahmad No. 2155)

Al -Hafidz Ibnu Hajar telah menyebutkan dalam Ithaf al Maharah (2225) Dengan menggunakan huruf “wawu” (dan) bukan dengan “aw” (atau):

صوموا قبله يوماً وبعده يوماً

“Berpuasalah kalian sehari sebelum dan sesudahnya”.

Tingkatan Puasa ‘Asyura menurut Ibnul Qoyyim Al Jauziyah dan Ibnu Hajar Al Atsqalani

وَكُلُّ هَذِهِ الْآثَارِ عَنْهُ يُصَدِّقُ بَعْضُهَا بَعْضًا وَيُؤَيِّدُ بَعْضُهَا بَعْضًا.
فَمَرَاتِبُ صَوْمِهِ ثَلَاثَةٌ أَكْمَلُهَا أَنْ يُصَامَ قَبْلَهُ يَوْمٌ وَبَعْدَهُ يَوْمٌ، وَيَلِي ذَلِكَ أَنْ يُصَامَ التَّاسِعُ وَالْعَاشِرُ وَعَلَيْهِ أَكْثَرُ الْأَحَادِيثِ، وَيَلِي ذَلِكَ إِفْرَادُ الْعَاشِرِ وَحْدَهُ بِالصَّوْمِ.
وَأَمَّا إِفْرَادُ التَّاسِعِ فَمِنْ نَقْصِ فَهْمِ الْآثَارِ،


1. Yang paling sempurna berpuasa sebelum dan sesudahnya. Iaitu hari ke 9,10,11 Muharrom.
2. Berpuasa pada hari ke 9 dan 10, dan inilah yang paling banyak disebutkan dalam hadith.
3. Berpuasa pada hari ke 10 sahaja.
Adapun berpuasa hanya hari ke 9 sahaja tidak ada asalnya. Keliru dan kurang teliti dalam memahami hadith-hadith yang ada. Zaadul Ma’ad Ibnul Qoyyim 2/72
Maka, alangkah baiknya bagi kita untuk puasa pada hari ke *9 dan 10* pada bulan Muharram ini. Wallahu a’lam bi shawab.

Post a Comment for "Berpuasa Sebelum Dan Selepas 10 Muharram"